Facebook Badge

Monday 13 February 2012

Pesanan Untuk Mereka Yang Berniqab.

Gambar Hiasan 1
NIQABLAH DIRIMU. PERHIASILAH DIRIMU DARI LUAR DAN DALAM.


عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَنْرٍ وَقَالَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرأَةُ الصَّالِحَةُ 


 Dari Abdullah b Amru katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah wanita yang solehah 

-Hadis sahih riwayat Muslim 

Petikan tulisan orang lain.
   
              Jika kamu mahu berniqab. Berniqab bukanlah kerana trend terkini.. Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim. Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain. Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat. Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu, Niqabkan hatimu dulu, Niqabkan jiwamu dulu, Niqabkan lidahmu dulu, Niqabkan langkahmu dulu. Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung. Yang terbuka belum tentu terus terbuka. Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah. aKan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu. Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu. Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah... Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu. Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu. Usahlah kamu mendongak wajah ke langit. Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji. Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu. Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata. Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype.. Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt. Maka kau niqabkan setiap kata-katamu. Jangan perlekehkan nilai niqab, kerana dibalik tirai suara-suara itu. Berhimpun manusia menunggu Keburukan kamu. Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT! Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN! Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya. Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri. Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL. Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu. Terlalu sarat dengan kata nista. Kamu berdusta!!! Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu. Niqab bukan fesyen terbaru! Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj! Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat! Niqab bukan untuk dipersendakan. Berilmulah sebelum beramal. Kerana yang akan menderita adalah diri mu. BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA.

Maaf maybe Ayat ini Mengandungi Unsur2 hiperbola kerana ia adalah luahan hati Seorang hamba Allah yang tidak tahan melihat niqab disalah gunakan. Muhassabah Bersama. Ayat kat atas nie pun Putera Copy dari orang lain. Terima Kasih kepada penulis.

Credit To Aslam Taslim (^_^)