Facebook Badge

Thursday 24 May 2012

Catatan Putera Belukar Ketika Perhimpunan BERSIH3.0 (Part 1)


 Al-Faqir Uataz Anam Yazid.
 Briged Nisa' .
.
Putera Belukar bersama Jabatan Amal menjadi barisan hadapan peserta bersih.


Date  : 28/4/2012

Time  : 0000am-2000pm

Place : From KLCC to Dataran Merdeka

Event : BERSIH 3.0


Assalamualaikum,

     Pertama-tamanya Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan redha dan rahmatnya dapat Putera kembali menulis blog Putera. Kali ini Putera ingin berkongsi penglaman Putera ketika berada didalam perhimpunan BERSIH 3.0. Sebelum itu Putera ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak updatekan blog Putera Belukar ini. Sekali lagi Putera ingin memohon maaf keran kelewatan berkongsi kisah tentang penglaman putera di perhimpunan BERSIH 3.o baru-baru ini.

    Putera pergi ke Kuala Lumpur sehari sebelum perhimpunan lagi. Putera menyertai Jabatan Amal kuantan dan Bertugas sebagai Unit Amal ketika perhimpunan. Tempat Penginapan Putera ialah di Hotel Zon betul-betul hadapan KLCC. Kami tiba di hotel dalam pukul 5 petang setelah penat bersiar-siar di ibu kota. Hari Jumaat 27/4/2012.

    Pada keesokan paginya Putera berjemaah Solat Subuh dengan semua sahabat yang ada didalam bilik hotel. Selepas bersarapan Putera bersiap bertolak ke KLCC untuk mula Berhimpun. Alangkah gembiranya Putera apabila berjumpa dengan ayahnda dan bonda, Kami bersama-sama bertolak menuju ke KLCC.




Credit To Aslam Taslim (^_^)   

Mainan Yahudi yang WAJIB anda tahu!


 




1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..


Credit To Aslam Taslim (^_^)



KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.


Credit To Aslam Taslim (^_^)