Facebook Badge

Wednesday 8 February 2012

Doa Apabila Kehilangan Seseorang Yang Disayangi

 Gambar Arwah Atuk Aslam Taslim@Putera Belukar
 Gambar Arwah Atuk Aslam Taslim@Putera Belukar

Al-Fatihah Untuk Mohd Zain Bin Hasyim
(17/02/2011)

Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:

اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

Khas untuk keluargaku dan para pembaca.

Credit To Aslam Taslim :-(

Doa Semoga Dipermudahkan Jodoh

 Gambar Hiasan 1
 Gambar Hiasan 2
Gambar Hiasan 3

Dibawah ini adalah diantara doa dan ayat yang perlu dipilih untuk mendapat bakal pasangan hidup yang baik agar menjadi si jantung hati:

1. Amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

2. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

3. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

4. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

5. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Credit To Aslam Taslim (^_^)

Doa Apabila Jatuh Cinta

          Gambar Hiasan 1
Gambar Hiasan 2

Ya Allah, jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Hafiizh..,jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Mujiibu..! Jika aku jatuh hati, izinkan
-lah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA SEMU

Ya Baarii…,jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….

Ya Jaami’u…, jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui
syahid di jalanMu…

Ya Khobiiru…, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…

Ya Wahhaabu…,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Aziizu…, jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke
pada Mu….

Ya Haadiy…, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas, sehingga melupakan aku pada cinta-
hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Ya ‘Aliimu…, Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjum
-pa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu,
yang tidak pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.

Semoga Diamalkan . InsyaAllah usaha tangga kejayaan . 

Credit To Aslam Taslim (^_^)

Waktu-Waktu dan Tempat-Tempat Dikabulkan Doa

Gambar Hiasan 1

Enam belas waktu dikabulkan doa:

* MALAM JUMAAT ATAU

* MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI

* MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

* MALAM 10 MUHAMRRAM

* MALAM NISFU SYA’ABAN

* MALAM ‘LAILATUL QADAR’

* MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

* KETIKA HENDAK BERBUKA

* ANTARA AZAN DAN IQAMAH

* PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

* SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

* ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

* SELEPAS KHATAM AL-QURAN

* KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

* SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

* SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Enam belas tempat dimakbulkan doa:

* KETIKA MELIHAT KAA’BAH

* DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF

* DISISI MULTAZAM

* DIBAWAH PANCURAN EMAS

* DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI

* DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM

* DIATAS BUKIT SOLAT

* DIATAS BUKIT MARWAH

* DITEMPAT SA’I

* DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK

* DI MUZDALIFAH

* DI MINA

* DISISI JAMRAH AL-ULA

* DISISI JAMRAH AL-WUSTO

* DISISI JAMRAH AL-’AQABAH

* DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Credit To Aslam Taslim (^-^)