Facebook Badge

Wednesday 8 February 2012

Doa Semoga Dipermudahkan Jodoh

 Gambar Hiasan 1
 Gambar Hiasan 2
Gambar Hiasan 3

Dibawah ini adalah diantara doa dan ayat yang perlu dipilih untuk mendapat bakal pasangan hidup yang baik agar menjadi si jantung hati:

1. Amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

2. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

3. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

4. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

5. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Credit To Aslam Taslim (^_^)

No comments:

Post a Comment